Perjalanan

 ‎Kehidupan ini sebuah perjalanan yang aneh, mungkin aku seorang yang menikmati perjalanan sebegini, bermula dari keputusan SPM yang tidak cemerlang, tapi dapat menggenggam segulung ijazah, seterusnya mengharungi bahtera alam perkahwinan yang tidak sama seperti lazimnya, kami berkawin pun dalam fasa pendemik, kami tidak dapat menyamakan kisah perkahwinan kami dengan orang lain. Pasangan lain hidup normal tinggal sebumbung, namun kami terpaksa PJJ, untuk membesarkan anak-anak. Sebulan hanya 4-6 hari sahaja bertemu muka. Begitu juga dengan kelahiran anak. Dengar orang lain bercerita bertapa mudahnya proses melahirkan anak. Tapi skrip kami berbeza, langsung tidak sama.

‎Ini kisah kami menyambut permata hati yang kedua, 9 bulan dah berlalu, esok hari Selasa, hari terakhir utk melakukan check-up dan hari tersebut ramalan perubatan moden mengatakan dah sampai waktu untuk orang baru keluar. Ajal maut di tangan tuhan, Dr. tengok keadaan dan situasi semasa, mungkin perlu di tambah 6 hari lagi kandungan bersedia untuk keluar.

‎Hari berganti hari genaplah hari yang di nanti-nanti, di sebabkan waktu kelahiran telah melebihi waktu jangkaan,  dan masalah kesihatan, kami terpaksa ke Hospital K.Krai jaraknya hampir 2 jam perjalanan dari daerah kami. Waktu yang sepatutnya tiba di hospital tepat pukul 9.00 pagi hari Selasa, memang tak masuk akal la, nak hantar Abang ke sekolah lagi, dgn nak sarapan lagi, Gedebak- gedebuk pukul 11 pagi juga la kami sampai di hospital, tanpa banyak bicara wife aku terus serah diri, masuk dalam buat pemeriksaan apa semua  bagai, kami ni sang suami, perlu menunggu di luar, sempat juga aku berdengkur 2,3 kali, fon jatuh bagai, sedar-sedar " Encik Firdaus ambil buku pink ni, pergi daftar wad dekat bahagian Hasil" kata Misi. Tengok jam wow, pukul 3 petang. Tahu2 wife aku melenggang berbaju pink dah check in dalam wad.

‎Aku punya la beria cepat pergi kaunter Hasil, register semua bagai. Alih-alih guard bagai tahu encik, bawa barang isteri encik naik ikut lobi utama, naik Tingkat 5, dah tak pasal-pasal kena cari parking, parking kereta depan lobi bukan senang, betul-betul rezeki anak soleh je yang senang dapat parking, lepas tu angkut barang buat naik atas, tak banyak 3 bag jee, tangan ada 2. Alhamdulillah, selesai mengangkat barang, "Encik boleh keluar dulu, nanti pukul 5 waktu melawat baru boleh masuk" kata jururawat. Eh, lagi 1 jam je lagi, berkira betul.

‎Makan tengah hari belum lagi, penginapan belum cari lagi, aku keluar dari hospital. Menghala ke Taman Firdaus, tengok macam ada hotel. Terus aku tegak kesana, Alhamdulillah, Hotel penuh. Pilihan kedua Damar Inn, Alhamdulillah, ada bilik, terus ON, usai mandi, Solat wife bagitahu, rasa nak makan MCD laa. No problem, u oder I pickup, namun apa daya app tak funtion. Apa lagi start kereta drive thru, main agak2 je. Setal beli makan tengah hari, terus gerak ke Hospital. Ngam2 sampai pukul 4.55 Petang depan lif hospital. Pukul 5 naik atas makan berjemaad dengan wife, nasib baik dari 5 menu, 3 memenuhi citarasa, tahu2 dah pukul 7 malam. Balik hotel rehat.

‎Rabu, semalam wife, ada bagi tahu yang Dr. syorkan untuk ambik ubat tahan sakit Epidural yang cucuk dekat tulang belakang tu. Di sebabkan faktor berat badan dan persediaan perkara yang tidak di ingini berlaku.


Comments

Popular posts from this blog

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping)(Part 1)

SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang