Posts

Showing posts from May, 2023

Syawal 2023 dan pulut kuning

  Syukur kerna syawal tidak lama lagi akan kunjung tiba, selain dari menyambut syawal yang akan bertandang. Syawal tahun ini genap lah usia putera sulung ku yang pertama berusia setahun. Tidak dapat di gambarkan betapa gembiranya diri ini, aku sangat bangga terhadap isteriku kerna berjaya menjaga, mengasuh dan mengorbankan kehidupan nya demi tumbesaran putera sulung ku. Jarak membataskan hubungan anak dan juga bapa, yang menyebabkan aku dan putera sulung ku sering kali berpisah, hanya 2 hari seminggu kami dapat bermain bersama, satu jangka masa yang amat singkat. Jadi, waktu singkat tersebut aku cuba sedaya upaya untuk melakukan perkara yang sukar untuk dilupakan dengan harapan menjadi baja sepanjang 5 hari kehilangan. Berbalik pada tajuk utama, aku memang berniat untuk tidak meraikan atau menyambut hari kelahiran putera ku kerna usianya baru 1 tahun. tidak mampu memahami dan mengingati sesuatu perkara malah dia belum mengenali apa yang di maksudkan dengan istinjak sekalipun. Walau...

Nasi Goreng Kicap bersama kerepok

 Bulan ini tidak seperti bulan-bulan yang lain sepanjang hidup aku, Bulan lepas baru sahaja kami menyambut Aidilfitri dan semestinya banyak wang di belanjakan. Walaupun pihak syarikat telah memberi sedikit bonus tapi itu sekadar memenuhi keperluan 1 Syawal. Sebaik sahaja bualan Mei menyapa, aku mula melakukan kira-kira dan perhitungan dengan penuh teliti agar keperluan dan tanggungjawab kepada keluarga kecil di utamakan terlebuh dahulu. Setelah penolakan dilakukan baki yang tinggal hanyalah Rm 700 dan perjalanan bulan ini masih panjang.  Apa yang aku bisa lakukan adalah menukar sedikit cara berjimat cermat, aku akan goreng nasi untuk dibawa bekal di jadikan santapan tengahari. dan ini perkara biasa bagi aku. Aku tiada masalah dengan membawa bekal makan ke pejabat tapi apa yang sangat mengharukan aku pada kali ini nasi goreng yang aku jadikan santapan, aku goreng bersama kerepok losong. Seingat aku 2 minggu sebelum menyambut kedatangan Ramadhan aku bersama keluarga aku bersiar-...