Posts

Showing posts from June, 2018

Meneroka Keindahan Gunung Stong

Oleh : Firdaus Ahmad Nasir Separuh perjalanan telah pun selesai diselusuri, pelbagai rintangan, halangan dan dugaan telah pun di tempuhi. Kini cuti pertengahan semester hampir tamat. Penulis telah berkesempatan menawan puncak Gunung Stong buat kali pertama. Ekspedesi kali ini penulis memilih untuk menaiki kereta api dari Gua Musang menuju ke Dabong kerana Gunung Stong terletak di Dabong iaitu sebuah daerah kawasan di Jajahan Kuala Krai Selatan.Gunung yang berketinggian 4664 meter dari paras laut ini bukan hanya mempunyai lanskap yang menarik, namun ia juga memiliki salah satu tarikan utamanya adalah Air Terjun Jelawang, sebuah air terjun yang setinggi 303 meter dari paras laut, yang juga air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Pendakian kali ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam untuk sampai ke puncak Gunung Stong. Ini bermakna penulis akan mendirikan khemah dan bermalam ini Kem Baha yang terletak di puncak Air Terjun Jelawang terlebih dahulu sebelum meneruskan pejalanan sehing...

Menyingkap Misteri Broga

Oleh :  Firdaus Nasir Misteri kehilangan yang menimpa Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20 selama seminggu di Bukit Broga menjadi sesuatu yang tular di ruang-ruang media di negara ini. Walaupun beliau telah di jumpai, namun cerita di sebalik kehilangannya lebih menarik perhatian masyarakat  . Pemuda tersebut telah dijumpai dalam keadaan lemah di puncak Bukit Broga oleh pasukan mencari dan penyelamat. Menerusi temubual didalam rancangan Viral terbitan Astro Ria , Azarul menceritakan pengalaman beliau sewaktu hilang selama 8 hari tanpa kesan. Beliau mengatakan telah mengikuti jejak seorang wanita yang berpakaian sempurna seperti seorang muslimah. Lalu di bawa ke kawasan perkampungan dan di perkenalkan kepada ahli keluarga wanita tersebut. Azarul juga turut menyatakan bahawa beliau telah di lamar untuk berkahwin dengan wanita tersebut, tetapi beliau menolak kerana pada waktu itu Azarul  terfikir ibu dan keluarga yang berada di kampung. Mengikut Azarul lagi, dia tinggal d...

SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN

Kehidupan yang yang dilalui semenjak usia keanak-anakan sehinggalah, aku mula mengenali suci dan najis, cara beristinjak, halal haram. Bila aku meningkat dewasa aku mula mengenali kehidupan sesuatu yang kejam, manusia dijadikan seperti robot, setiap pagi dengan memakai baju putih, berada di dalam sebuah bilik menerima segala apa yang di perolehi dan memundahkan segala yang berada di dalam benak fikiran di atas kertas putih, ada kalanya kertas tersebut mempunyai empat pilihan ada juga lima pilihan. Hanya satu pilihan yang tepat dan keputusan tersebut perlu dilorek mengikut bentuk yang telah di tetapkan. Kadang-kadang kertas tersebut mempunyai banyak garisan, dimana manusia mesin perlu mencoret jawapan sepanjang yang mungkin. Di penghujung tahun, ibarat menunggu syurga atau neraka kerana di situlah bermulanya manusia akan menilai tahap kepandaian, kebijaksanaan dan kehebat. Walhal segalanya adalah dusta, bagaimana kita mampu menyuruh seekor ikan untuk memanjat pokok, atau seekor kambi...