Posts

Showing posts from June, 2026

Kebenaran Petua

Image
 Hari ini hari raya ketiga raya korban 2026, aku pulang ke kampung belah isteri aku di Gate 3, Rantau Panjang. Setelah lama merancang, hari ini lepas Solat Jumaat akan di adakan sedikit kenduri Aqiqah Dan Solat hajat. Alhamdulillah, ramai sanak saudara yang hadir dan semuanya berjalan dengan lancar.  Dalam kekalutan hari ini, ada peristiwa atau sesuatu perkara yang memberi kesan agak mendalam walaupun, ia sekadar satu selingan sewaktu merewang, Bila ada perkataan Aqiqah dengan conferm, mesti ada juadah kambing dalam kenduri kali ini. Ibu mertua aku, secara tidak rasmi di lantik sebagai ketua jurum asak atau ketua dapur kenduri kali ini, dari malam semalam lagi, dia duduk menyiapkan pucuk paku untuk di jadikan juadah sampingan, tak silap aku "kerabu pucuk paku" nama menu tersebut.  Awal- awal pagi lagi, aku di beri tugasan untuk mencuci daging kambing untuk dimasak gulai kawah, tak lupa juga ada beberapa kilo daging lembu dan sedikit tulang lembu untuk di masak di jadikan ...