Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang
Waktu itu masih lagi awal bagi aku, tiada arah tujuan menantikan kuliah seterusnya, aku melihat dari jauh sosok tubuh itu, aku aku rasa aku mengenali lelaki tersebut. Itu lah sosok tubuh yang sering kali diperkatakan di ucapkan di pusat pengajian aku. Bagi aku namanya cukup gah, kalau dalam dunia penulisan, kewartawanan, teater nama tersebut sememangnya tidak asing dan sering kali menjadi petunjuk arah buat generasi baru. Aku melihat sosok tubuh tersebut berlegar-legar di kawasan pejabat pusat, sempat juga aku mencuri dengar, dia akan memasuki kuliah adik-adik junior. Bagi aku ini adalah peluang terbaik untuk mendengar dan belajar dari pengalaman beliau.
Sebaik sahaja kuliah baru dimulai, aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk menadah telinga mendengar perkongsian tersebut, aku dan kawan aku memilih untuk masuk dewan kuliah tersebut melalui pintu belakang dan memilih tempat duduk di antara pelajar-pelajar junior.
Memang benar, kali ini Tan Sri Johan Jaafar berkongsi pengalaman beliau sewaktu bertugas sebagai seorang wartawan di lapangan, masih segar lagi bait-bait penceritaan beliau dan gambar-gambar selingan yang di paparkan. "Adakah anda semua nampak kota kayu tersebut, kotak kayu tersebut mengandungi peluru senapang AK47 dan motar, dan di sebalik kotak itulah, pejuang-pejuang taliban menyembunyikan diri, lihat lelaki tersebut, walaupun dia di sebalik kotak kayu tersebut tiada riak ketakutan, malah apa yang lakukan, dia sedang membaca Al-Quran " ulas TSJJ.
Di saat media barat sedang enak melukis naratif negatif terhadap pejuang-pejuang Taliban, menurut TSJJ, beliau mendapatkan layanan yang berbeza sekali, Dia dia dilayan seolah-olah ahli keluarga sendiri oleh pejuang-pejuang taliban, makan minum dan tidur di jaga sebaiknya. Aku sendiri tidak pasti berapa lama TSJJ bersama dengan mereka, tapi ad satu cerita yang TSJJ kongsikan yang tidak dapat aku lupakan, di mana dia sendiri terpaksa pura-pura mati, tidur bertindih dan berpelukan dengan pejuang-pejuang yang syahid, bagi mengelakkan nyawa di melayang. Apa yang aku bayangkan masa dia bercerita tu, seakan-akan dalam filem-filem orang barat, nasib baik tak meninggal.
Ini adalah satu cerita dari sebuah perjalan yang penuh misteri, Alhamdulillah, hampir 2 tahun berlalu, selepas tamat mengajian di UKM, bekerja di syarikat berita yang dibiayai oleh islamik NGO, doa tersebut dimakbulkan dan aku sendiri dapat melihat sendiri suasana di perbatasan peperangan. Lepas ini, aku akan ceritakan perjalanan hampir 2 minggu berada di bumi Lubnan.

Comments
Post a Comment