SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN
Kehidupan yang yang dilalui
semenjak usia keanak-anakan sehinggalah, aku mula mengenali suci dan najis,
cara beristinjak, halal haram. Bila aku meningkat dewasa aku mula mengenali
kehidupan sesuatu yang kejam, manusia dijadikan seperti robot, setiap pagi
dengan memakai baju putih, berada di dalam sebuah bilik menerima segala apa
yang di perolehi dan memundahkan segala yang berada di dalam benak fikiran di
atas kertas putih, ada kalanya kertas tersebut mempunyai empat pilihan ada juga
lima pilihan. Hanya satu pilihan yang tepat dan keputusan tersebut perlu
dilorek mengikut bentuk yang telah di tetapkan. Kadang-kadang kertas tersebut
mempunyai banyak garisan, dimana manusia mesin perlu mencoret jawapan sepanjang
yang mungkin. Di penghujung tahun, ibarat menunggu syurga atau neraka kerana di
situlah bermulanya manusia akan menilai tahap kepandaian, kebijaksanaan dan
kehebat. Walhal segalanya adalah dusta, bagaimana kita mampu menyuruh seekor
ikan untuk memanjat pokok, atau seekor kambing untuk menerkam sang rimba.
Semakin jauh perjalanan semakin kejam dunia ini, sudah tiada ruang untuk
bersuka hilai yang ada hanya cemuhan masyarakat sekeliling, lebih mengecewakan
manusia yang paling hampir turut berpaling muka. Manusia gemar menunding jari
mencari kesalahn dan kelemahan, gelaran khalifah dilupakan buat seketika
mengikuti nafsu amarah. Detik itu aku menyedari mengapa mereka suka membuang
barang sudah rosak tetapi kenapa mereka tidak membaiki atau menjadikan barang
yang rosak sesuatu barang yang baru. Mungkin di sekolah, mereka tidak di ajar
?. terima kasih sistem pendidikan.
Mungkin, sekolah
tidak di ajar ?
Mekar jauh di fikiran, Tahun Baru Cina tahun ini sedikit
kelainan, bukan sedikit tapi banyak kot? Aku menaiki bas pulang ke kampung
halaman. Kebiasaanya perjalanan dari pagi membawa ke malam. Tahun ini,
perjalanan aku hanyalah separuh sahaja. Aku terpaksa pulang ke Kota Bharu rumah
atuk . Aku di khabarkan nenek aku hilang, sebenarnya nenek aku lari dari rumah.
Serius tak tipu, nenek aku lari dari rumah. Sebaik sahaja sampai di kampung
pelbagai jenis manusia berada di rumah datuk aku, dukun, tok bomoh siam, polis,
bomba, jpam, SWAT, sanak saudara, dalam hati kecil aku “tahun ni sambut raya
awal” mau taknya penuh orang datang rumah. Sebenarnya mereka sibuk mencari
nenek aku yang hilang. Cari punya cari punya tak jumpa-jumpa. Semua tempat dah
geledah dah macam polis cari penyamun. Proses pencarian berlangsung selama tiga
hari berturut sehinggalah kami menerima panggilan dari seorang anggota polis
dari IPD Pasir Mas. Mengatakan seorang wanita yang tua baru sahaja mendaftar di
sebuah pondok ( pasentren) di pasir mas tapi yang menghairankan nama wanita
tersebut berbeza dengan nama nenek aku. Gerak hati megatakan ya dia ada dekat
sana. Mengikut gerak hati sampailah kami di pondok tersebut. Berbekalkan sekeping
gambar kami mula menyoal siasat mudir di pondok tersebut dan jawapan Ya. Checkmate.
Yes, ye ye ye dah jumpa nenek.
Kami berbincang dengan mudir
untuk berjumpa dengan nenek kesayangan. Bila dah jumpa tu, macam jejak kasih
daa. Pondok tu macam nak banjir, mau taknya masing-masing dok menangis. Syarat
pertama jangan bagi tahu orang lain, tok (nama samara bukan nama sebenar) ada pondok tu. Jadi story punya story, kenapa
dan bagaimana sebuah drama ini boleh terhasil. Serius bak hang, dah macam drama
petang-petang, tapi yang ni real punya. Nak simpulkan percikan kes lari dari
rumah ni bermula apabila mereka bergaduh, mengenai harta. Ish ish ish.
Bagaimana pula perjalanan dari rumah nak ke sini I mean pondok Pasir Mas la. “Segalanya
di permudahkan” kata nenek. Keluar dari rumah, berjalan tak sampai lima
langkah, ada seorang budak kampung tumpangkan motosikal. Sampai je dekat jalan
besar, nenek tahan kereta sewa, terus ke stesen bas kota bharu, sampai stesen
bas, nenek naik bas terus ke pasir mas, sampai di pasir mas sekali lagi nenek
mintak driver teksi hantar sampai la kesini. Perkh cekap beb, perancangan yang
begitu rapi , kalau la nenek aku ada passport mau naik kapal terbang lepak
dekat Paris takpun Australia dok kutip apple.
Ok lah tamat sebabak cerita nenek aku yang menghilangkan diri. Kalau tak
faham boleh PM tepi OK.
Berbalik semula di rumah datuk
aku, berpegang kepada syarat yang telah di tetapkan, kami terpaksa memutar
belitkan cerita. Tapi kami tetap memberi tahu perkara sebenar, kami bagi tahu
pihak polis dah jumpa, tapi nenek tak nak jumpa dengan sesiapa buat sementara
waktu dan nenek nak merahsiakan tempat persembunyian beliau. Perkhh, skrip
baik, tengok la sapa, tak sia sia belajar video dan filem kalau tak boleh apply
penulisan skrip. Atuk aku terpaksa terima dengan hati yang pasrah, mana
tidaknya mereka dah menjalikan perkahwinan lebih 48 tahun. Di sebabkan harta
mereka berpisah. Sebab tu la, aku sensetif kalau bab harta ni. Seminggu telah
berlalu, maka tamat lah cuti tahun baru cina tahun ni. Cuti dah habis bro.
Relax, wayang baru nak mula.
CIKGU TAK AJAR PUN ??
Beberapa minggu berselang, tiba
lah masa untuk aku pulang ke kampung, belum sampai tarikh lagi aku dah dapat
panggilan, kali ni special betullll, atuk aku yang call, dia suruh aku balik,
katanya nak buat makan-makan sikit. Maka pulang si cucu sulung ini dari negeri Perlis
ke tanah serendah sekebun bunga. Bersaksikan cucu ,berwalikan anak-anak maka
kahwinlah atuk aku dengan seorang nenek anak sepuluh, cucu tak perlu sembang,
ramai gilerr. Atuk ku kawin lagi, itulah ungkapan yang paling sesuai, bila aku
balik tempat aku belajar, semua tak percaya yang aku balik sebab atuk aku
kawin. Hahaha, legend beb. Nenek baru ? kalau bawang putih bawang merah ibu
tiri, ini? Nenek tiri macam lain macam je. Aku pernah la duduk stay kat kampung
dengan atuk dengan nenek “baru”, nenek “baru” ok la, masak, berkebun, tanam
bunga, ok laa. Boleh la kiranya jaga atuk aku ni. Atuk aku pun bukan main happy
lagi, gaya dah macam orang muda tapi sekarang ni dah kena pakai kopiah sebab
nenek “baru” PAS for all. Jadi begini lah jalan hidup kedua-dua atuk dengan
nenek aku. Jodoh mereka dah panjang tapi tak mampu berkekalan hingga akhir
hayat, mungkin sebab lagu kahwin kot? Biasa dok nyanyi berkekalan hingga ke
anak cucu. Atuk aku kawin dengan nenek “baru” tinggal dekat rumah lama lagi kat
kampung tapi kena berulang alik laa, kejap umah nenek “baru” kejap umah lama.
Yang lamanya kat rumah nenek “baru” laa.. biasa laa baru kawin katakan. Nenek
aku masih lagi tinggal dekat pondok, siap boleh sewa rumah lagi, biasa la sebab
nenek aku ni dia ada pencen kerajaan dulu dia cikgu sekolah. Nampak gaya
masing-masing dah bawak haluan masing-masing, hangpa bacapun pening kan. Aku
lagi la, aku yang nak kena tanggung. Walaupun hanya sebagai cucu sulung dalam
keluarga ni tapi sedikit sebanyak memberi kesan kepada kehidupan aku. Berat badan
aku semakin naik, hahaha. Apa kaitan ?? hahaha. Tapi memang benarpun perkara
begini memberi kesan kepada kehidupan aku sebenarnya. So, apa yang aku cerita
dalam bentuk tulisan sebenarnya cikgu
tak ajar pun. Tapi kehidupan adalah guru yang sebenarnya. Cerita ini belum
sampai di penghujung lagi, sambungan cerita seterusnya tajuk dia “HIJRAH”.
Comments
Post a Comment