Posts

Showing posts from May, 2026

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang

Image
Waktu itu masih lagi awal bagi aku, tiada arah tujuan menantikan kuliah seterusnya, aku melihat dari jauh sosok tubuh itu, aku aku rasa aku mengenali lelaki tersebut. Itu lah sosok tubuh yang sering kali diperkatakan di ucapkan di pusat pengajian aku. Bagi aku namanya cukup gah, kalau dalam dunia penulisan, kewartawanan, teater nama tersebut sememangnya tidak asing dan sering kali menjadi petunjuk arah buat generasi baru. Aku melihat sosok tubuh tersebut berlegar-legar di kawasan pejabat pusat, sempat juga aku mencuri dengar, dia akan memasuki kuliah adik-adik junior. Bagi aku ini adalah peluang terbaik untuk mendengar dan belajar dari pengalaman beliau.    Sebaik sahaja kuliah baru dimulai, aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk menadah telinga mendengar perkongsian tersebut, aku dan kawan aku memilih untuk masuk dewan kuliah tersebut melalui pintu belakang dan memilih tempat duduk di antara pelajar-pelajar junior. Memang benar, kali ini Tan Sri Johan Jaafar berkongsi pe...