silap jika rasa diri cemerlang
Aku bukanlah seorang yang berdarah seni, aku hanyalah seorang budak kampung yang masih belum menjumpai nilai kepuasan dalam diri dan aku hanyalah budak kampung yang berhijrah ke tanah dagang untuk menuntut ilmu, smoga ilmu terserbut dapat di tumpahkan ketanah tumpah kelahiran ku kelantan. Semakain aku berjauhan dengan tanah kelahiran ku, semakin tinggi rasa hormat, sayang, rindu , bangga dengan tanah che siti wan kembang. sewaktu aku sedang menduduki tingkatan 6 dikampung halaman, aku mendapati aku diterima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik perlis. setelah diketahu oleh keluarga, aku terpaksa melangkah untuk meninggalkan pelajaran di tinggkatan enam , sebenarnya langkah ini sungguh berat kerana aku amat senang belajar di tinggkatan enam dan sewaktu itu aku telah nampak perjalanan hidup aku untuk menjadi seorang peguam. apakan daya takdir dan rezeki di tangan tuhan dan kita hanya merancang. bersyukur apa yang ada. sekarang ini aku adalah seorang pelajar semeste...