Posts

Perjalanan

  ‎Kehidupan ini sebuah perjalanan yang aneh, mungkin aku seorang yang menikmati perjalanan sebegini, bermula dari keputusan SPM yang tidak cemerlang, tapi dapat menggenggam segulung ijazah, seterusnya mengharungi bahtera alam perkahwinan yang tidak sama seperti lazimnya, kami berkawin pun dalam fasa pendemik, kami tidak dapat menyamakan kisah perkahwinan kami dengan orang lain. Pasangan lain hidup normal tinggal sebumbung, namun kami terpaksa PJJ, untuk membesarkan anak-anak. Sebulan hanya 4-6 hari sahaja bertemu muka. Begitu juga dengan kelahiran anak. Dengar orang lain bercerita bertapa mudahnya proses melahirkan anak. Tapi skrip kami berbeza, langsung tidak sama. ‎Ini kisah kami menyambut permata hati yang kedua, 9 bulan dah berlalu, esok hari Selasa, hari terakhir utk melakukan check-up dan hari tersebut ramalan perubatan moden mengatakan dah sampai waktu untuk orang baru keluar. Ajal maut di tangan tuhan, Dr. tengok keadaan dan situasi semasa, mungkin perlu di tambah 6 hari l...

Kebenaran Petua

Image
 Hari ini hari raya ketiga raya korban 2026, aku pulang ke kampung belah isteri aku di Gate 3, Rantau Panjang. Setelah lama merancang, hari ini lepas Solat Jumaat akan di adakan sedikit kenduri Aqiqah Dan Solat hajat. Alhamdulillah, ramai sanak saudara yang hadir dan semuanya berjalan dengan lancar.  Dalam kekalutan hari ini, ada peristiwa atau sesuatu perkara yang memberi kesan agak mendalam walaupun, ia sekadar satu selingan sewaktu merewang, Bila ada perkataan Aqiqah dengan conferm, mesti ada juadah kambing dalam kenduri kali ini. Ibu mertua aku, secara tidak rasmi di lantik sebagai ketua jurum asak atau ketua dapur kenduri kali ini, dari malam semalam lagi, dia duduk menyiapkan pucuk paku untuk di jadikan juadah sampingan, tak silap aku "kerabu pucuk paku" nama menu tersebut.  Awal- awal pagi lagi, aku di beri tugasan untuk mencuci daging kambing untuk dimasak gulai kawah, tak lupa juga ada beberapa kilo daging lembu dan sedikit tulang lembu untuk di masak di jadikan ...

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang

Image
Waktu itu masih lagi awal bagi aku, tiada arah tujuan menantikan kuliah seterusnya, aku melihat dari jauh sosok tubuh itu, aku aku rasa aku mengenali lelaki tersebut. Itu lah sosok tubuh yang sering kali diperkatakan di ucapkan di pusat pengajian aku. Bagi aku namanya cukup gah, kalau dalam dunia penulisan, kewartawanan, teater nama tersebut sememangnya tidak asing dan sering kali menjadi petunjuk arah buat generasi baru. Aku melihat sosok tubuh tersebut berlegar-legar di kawasan pejabat pusat, sempat juga aku mencuri dengar, dia akan memasuki kuliah adik-adik junior. Bagi aku ini adalah peluang terbaik untuk mendengar dan belajar dari pengalaman beliau.    Sebaik sahaja kuliah baru dimulai, aku dan kawan aku mengambil keputusan untuk menadah telinga mendengar perkongsian tersebut, aku dan kawan aku memilih untuk masuk dewan kuliah tersebut melalui pintu belakang dan memilih tempat duduk di antara pelajar-pelajar junior. Memang benar, kali ini Tan Sri Johan Jaafar berkongsi pe...

Housemate baru from Tamil Nadu

 Rumah ini seperti persinggahan buat manusia yang mengejar pendidikan, ada juga yang menjadikan rumah ini sebagai tapak mereka untuk membina sebuah kehidupan. Tapi yang ramainya mereka singgah disini untuk menghabiskan sisa -sisa pendidikan mereka, mengejar segulung ijazah, master mahupun gelaran Dr. . Kali ini ada seorang lelaki berasal dari Tamil Nadu, India, cuba menamatkan pengajian di peringkat PHD menetap di rumah ini. Perjalanan beliau mengambil masa 3 tahun paling kurang. Sebelum dia masuk rumah lagi, aku dapat tahu yang mamat ni, tak pandai cakap Melayu, sebab bila mesej, dia akan reply dalam English word. Aku cuba berteka-teki dia asal dari mana? Sama ada benua Afrika atau sama waktu, atau pun melayu celup mana yang tak selesa berbahasa melayu atau mesti tuan badan lembut orangnya, sebab tu selesa berbahasa Inggeris. Di tambah pulak dengan soalan, rumah ni bebas asap rokok tak? Biasanya yang lembut akan bertanya sedemekian.  Itik dan ayam, di sebab dia berasal dari N...

Gagal Merancang, Merancang Untuk Gagal

Image
 Memang satu kewajipan, apabila jarak menjadi penghalang dalam perhubungan, segalanya perlu dirancang sebaik mungkin, masih segar dalam ingatan, gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Baik sahaja gaji sudah masuk, aku akan bayar segala komitmen dan yang paling penting, beli tiket bas. Di sebabakan isteri aku berada di Gua Musang, dan kedua ibubapa berada di Kota Bharu, Aku sebagai anak dan juga suami cuba sebaik mungkin untuk berlaku adil, dalam sebulan aku akan, divide 2, minggu pertama balik Gua Musang, minggu seterusnya Kota Bharu dan seterusnya begitu la, dalam setiap minggu aku melakukan perjalanan dari Lembah Klang ke Kelantan. kenapa setiap minggu mesti pulang?. Di sebabkan tanggungjawab suami dan ayah, dan keadaan kesihatan ayah aku yang kurang memuaskan. Entah sampai bila keadaan ini akan berterusan. Sebaik sahaja gaji masuk, aku dah beli tiket bas untuk pulang, dan minggu ini adalah giliran aku untuk pulang ke Kota Bharu. Bermula bulan Julai 2025, kerajaan memperkem...

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping) (Part 2)

 Tanpa sedar dah 2 tahun berlalu, mula-mula fikir nak update dalam masa segera pengalaman pertama kali berkhemah. Sedar tak sedardah 2 tahun, masih belum menyambung cerita tersebut. Walaupun tahun silih berganti, pengalaman dan peristiwa tersebut masih lagi degar dalam ingatan, rasa seperti semalam, badan ini masih ada rasa lenguh-lenguh pasang khemah.  Sudah hampir setahun mengumpul barang-barang perkhemahan, setiap bulan aku akan beli satu item dari shoppe, hari ni dah sampai masanya untuk beraksi. Pagi itu, kami mula mengemas barang-barang perkhemahan untuk dimasukan kedalam kereta, jarak perjalanan tidak lah jauh mana, hanya mengambil masa 1 jam perjalanan. Aku pastikan barang utama untuk perkhemahan wajib dibawa seperti khemah, cambed, ground sheet, fly sheet, meja lipat, pole, portable stove, tali dan sama waktu denganya. Manakala isteri aku, akan siapkan barang-barang basah untuk aktiviti memasak dekat sana. Kalau baca memang persiapan memang mantap la kan?. Tapi hakika...

2023 Best Camping Kelantan / 2023 Tempat Berkhemah Kelantan

Image
  Sungai/ Jeram Kale Nusuk , Jeli Telaga Bijih, Tanah Merah Pok Kie Batu Melintang, Jeli Lata Khmer, Jeli Lata Renyok, Jeli Teney Glamping, Jeli Teratak Rimba Abam Peah, Kuala Krai Pondok Kenerong, Dabong Lalang's Resort & Spa, Jeli Pasir Raja, Lata Rek, Kuala Krai Lojing Highlands Campsite Kelantan (010 244 9996) Moonriver Lodge Farmstay, Lojing Kelantan Pasir Raja Bamboo Campsite, Kuala Krai Istana Sangkut , Kuala Krai Lata Turbo Jeli Hokkaido Glamping Park, Jeli Kale Umi jah, Jeli Pantai PuDi Chalet di Bachok Kelantan Sri Nipah Resort, Bachok Kelantan Tanah Abah Campsite, Kota Bharu Kelantan D'Jiwa Campsite & Picnic Pantai Tapang Kubang Golok Warisan Tok Ayah Campsite Melawifornià, Bachok ,Kelantan