Posts

Showing posts from December, 2020

1/1 dua tahun yang lalu

  Welcome 2021, hakikatnya esok adalah hari jumaat seperti mana minggu-mingu sebelum ni, lain la kalau esok adalah hari baru yang tidak pernah wujud dalam dunia, maksud saya hari lain selain hari ahad, isnin, selasa dan sama waktu denganya. Sebelum apa-apa, penulisan ni hanya pengalaman dan pandangan penulis yang berlatar belakangkan kehidupan penulis sepanjang 2020. Sekadar simpanan dan perkongsian saja, ibarat diari la kot. Bila di ingatkan Kembali, keghairahan untuk menyambut 2020 agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, 2018 kami hanya menyambut tahun baru di dalam bilik study dengan bersusah payah-payah, bersengkang mata menyiapkan thesis sebagai pengakhiran sebelum bergelar pemegang ijazah sarjana muda. Tahun 2019, time tu masih lagi bekerja dekat di Menara Summit USJ, balik dari kerja terus lepak dengan usahawan muda yang berjaya dekat tapak food truck Stadium Shah Alam, dulu kerja ikut waktu oversea masuk kerja pukul 2 petang balik pkl 11 malam, sambil sembang-sembang ...

Tanpa sedar di tegur

  Setiap kaki melangkah meninggalkan jejak-jejak, mengajar kita sesuatu yang berharga dan mendidik  hati supaya bersyukur seterusnya mengenali sang pencipta. Setiap hari kita akan lalui perkara yang sama sepanjang kehidupankan kita, namun begitu tanpa kita sedari di sebalik kebiasaan, terselit pelbagai pengisian, walaupun siang malam bersilih ganti matahari dan bulan, hari – hari tersebut tetap berbeza, tanah yang gersang akhirnya basah dan subur di timpa hujan. Setiap orang mempunyai kisah dan jalan cerita berbeza-beza, melihat sesuatu perkara menyebabkan kita akan berfikir lebih lebih jauh dan kita akan cuba untuk pencari titik persamaan dalam kehidupan yang kita jalani, memang benar pembelajaran yang di pelajari dari keadaan sekeliling menyedarkan kita dengan pelbagai perkara, terutama dalam menilai dan menghukum akan sesuatu perkara yang berlaku, pada awalnya kita melihat apa yang di lakukan oleh seseorang individu adalah salah kerana perkara tersebut dilakuan diluar norma...