Posts

Showing posts from July, 2025

Gagal Merancang, Merancang Untuk Gagal

Image
 Memang satu kewajipan, apabila jarak menjadi penghalang dalam perhubungan, segalanya perlu dirancang sebaik mungkin, masih segar dalam ingatan, gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Baik sahaja gaji sudah masuk, aku akan bayar segala komitmen dan yang paling penting, beli tiket bas. Di sebabakan isteri aku berada di Gua Musang, dan kedua ibubapa berada di Kota Bharu, Aku sebagai anak dan juga suami cuba sebaik mungkin untuk berlaku adil, dalam sebulan aku akan, divide 2, minggu pertama balik Gua Musang, minggu seterusnya Kota Bharu dan seterusnya begitu la, dalam setiap minggu aku melakukan perjalanan dari Lembah Klang ke Kelantan. kenapa setiap minggu mesti pulang?. Di sebabkan tanggungjawab suami dan ayah, dan keadaan kesihatan ayah aku yang kurang memuaskan. Entah sampai bila keadaan ini akan berterusan. Sebaik sahaja gaji masuk, aku dah beli tiket bas untuk pulang, dan minggu ini adalah giliran aku untuk pulang ke Kota Bharu. Bermula bulan Julai 2025, kerajaan memperkem...

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping) (Part 2)

 Tanpa sedar dah 2 tahun berlalu, mula-mula fikir nak update dalam masa segera pengalaman pertama kali berkhemah. Sedar tak sedardah 2 tahun, masih belum menyambung cerita tersebut. Walaupun tahun silih berganti, pengalaman dan peristiwa tersebut masih lagi degar dalam ingatan, rasa seperti semalam, badan ini masih ada rasa lenguh-lenguh pasang khemah.  Sudah hampir setahun mengumpul barang-barang perkhemahan, setiap bulan aku akan beli satu item dari shoppe, hari ni dah sampai masanya untuk beraksi. Pagi itu, kami mula mengemas barang-barang perkhemahan untuk dimasukan kedalam kereta, jarak perjalanan tidak lah jauh mana, hanya mengambil masa 1 jam perjalanan. Aku pastikan barang utama untuk perkhemahan wajib dibawa seperti khemah, cambed, ground sheet, fly sheet, meja lipat, pole, portable stove, tali dan sama waktu denganya. Manakala isteri aku, akan siapkan barang-barang basah untuk aktiviti memasak dekat sana. Kalau baca memang persiapan memang mantap la kan?. Tapi hakika...