Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping)(Part 1)
Nak start mana dulu nii??, semua ni salah tiktok tapi tak juga, di sebabkan kerja aku sebagaivideo editor, so aku banyak luang masa dekat youtube utk cari footage menarik, cari audio dan sebagainya, so, bila cari audio yang relaxing banyaknya keluar footage camping tak kira la wild camping, solo camping, family camping dan juga glamping.
Kalau nak kira, aku ni bukan yang jenis join aktiviti kokurikolum zaman sekolah, tapi time aku belajar dekat Perlis dulu ada la sekali dua join geng2 usrah pergi camping, sebelum tu pun time tingkatan tiga aku pernah la join perkemahan melibatkan seluruh Malaysia camping dekat sekitar Pulau Toba Langkawi, seminggu jugak laa, boleh di kira la berapa hari je mandi. Dan yang terakhir kalinya aku camping dekat kem Baha Gunung Stong, tak payah cerita la dengan penat hiking nya lagi, dengan penat beban, penant bawa badan lagi, ptg tu sampaing kem Baha pacak Kemah, mlm tu baru je nak tidur hujan la pulak, dah la hujan, banjir geng khemah kami, penat punya pasal kemah kami betul-betul dekat laluan air. kalau kemah hanyut aku tak risau, sekali aku hempap badan aku, terus kemah pasak ke bumi. Itu je la pengalaman aku camping.
Disebabkan layan youtube terlalu banyak, aku rasa teringin nak camping, tengok video orang camping syok ooo. Jadi langkah pertama yang aku lakukan layan youtube dan belajar, perkara asas camping, barang basic untuk camping.
Tak silap aku, lepas raya korban 2023 aku dah start beli barang-barang untuk berkelah, bukan untuk camping tau, bukan apa barang camping ni harga dia agak keras, jadinya bujet untuk beli barang camping untuk setiap bulan tak banyak, kadang-kadang sebulan Rm100, kadang-kadang RM50 je, ada juga yang tak beli apa-apa, bujet ke tempat lain.
Untuk permulaan, aku beli lampu suluh kalau tak silap, lepas tu grounshield yang warna oren biru tuu, lepas tu aku beli meja lipat yang siap dengaan kerusi yang boleh duduk 4 orang, selang beberapa bulan aku beli campbed (sebab terpengaruh dengan team BOMBA), tak silap aku lepas wujud nya barang-barang tu, aku ajak anak isteri dan juga mak ayah sarapan pagi tepi sungai dekat Sungai Pondok Kenerong, time pergi tu memang rasa tak puas, sebab hati berkata, banyak lagi barang yang belum cukup ni, time tu pulak pergi kejap je, tak sampai 2 jam, kiranya lepas makan-makan kami terus pulang.
Kalau tak silap aku, bulan Ogos yang lalu kami sekeluarga makan angin di Melaka, sewaktu pulang ke Kelantan kami singgah di rumah sepupu Aku dekat Seremban, di sana aku dan isteri aku teracun dengan kelengkapan khemah sepupu aku. Sebaik sahaja pulang di Kelantan isteri aku mula beli barang-barang kelengkapan khemah seperti periuk, pisau, rak kayu dan banyak lagi la, yang aka terkejutnya isteri aku setiap kali beli baran-barang camping mesti banyak duit yang dia habiskan, Aku sebenarnya gembira bercampur risau, gembira sebabnya isteri aku , support minat aku untuk bercamping dan kami punya minat yang sama dalam masa yang sama, risau sebab tidak mampu memenuhi kehendak dan keperluan camping seperti mana isteri aku idam-idamkan, ye la, aku fikir dengan income aku yang tidak seberapa, aku tak mampu beli barang-barang mahal, aku just beli barang yang murah dan cukup sekadar keperluan asas sahaja. Time ni aku dah fikir banyak benda, tersalah langkah pun ada, tapi aku layankan jee.
Alhamdulillah, Untuk kali pertama camping, pacak kemah tepi sungai tiada kemalangan jiwa yang berlaku, tapi banyak juga la drama-drama pukul 7 petang. Kita sambung nanti.

Comments
Post a Comment