Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping) (Part 2)
Tanpa sedar dah 2 tahun berlalu, mula-mula fikir nak update dalam masa segera pengalaman pertama kali berkhemah. Sedar tak sedardah 2 tahun, masih belum menyambung cerita tersebut. Walaupun tahun silih berganti, pengalaman dan peristiwa tersebut masih lagi degar dalam ingatan, rasa seperti semalam, badan ini masih ada rasa lenguh-lenguh pasang khemah.
Sudah hampir setahun mengumpul barang-barang perkhemahan, setiap bulan aku akan beli satu item dari shoppe, hari ni dah sampai masanya untuk beraksi. Pagi itu, kami mula mengemas barang-barang perkhemahan untuk dimasukan kedalam kereta, jarak perjalanan tidak lah jauh mana, hanya mengambil masa 1 jam perjalanan. Aku pastikan barang utama untuk perkhemahan wajib dibawa seperti khemah, cambed, ground sheet, fly sheet, meja lipat, pole, portable stove, tali dan sama waktu denganya. Manakala isteri aku, akan siapkan barang-barang basah untuk aktiviti memasak dekat sana. Kalau baca memang persiapan memang mantap la kan?. Tapi hakikat ni kali pertama kami nak pacak khemah, yang lebih keterlaluaan kami bukan nak bermalam di sana, sekadar berkhelah je. Lepas makan tengah hari, mandi sungai sikit, lepas tu bergerak balik. Itu je, tapi persiapan dia, kadang-kadang akal waras pun tak boleh nak terima.
Sebenarnya, kenapa semua ini berlaku, yang pertama di sebab barang camping dah banyak, tapi belum pernah guna, yang kedua, dengan cara sebgini mampu meracuni fikiran adik bereadik yang lain untuk terlibat dalam aktiviti perkhemahan dan yang seterusnya, kami tidak pernah merasai atau melalui aktiviti perkhemahan sebelum ni, jadi ini lah masa, orang cakap sebelum try bermalam, kita try day trip dulu. Baru lah nant kita tahu dalam nya air sungai.
pagi tersebut kami bersiap, memasukkan barang dalam kereta, kereta kami kecil tidak mampu untuk membawa semua barangan perkhemahan, jadi seat belakang kereta kami terpaksa di jatuhkan untuk menambah keluasan bonet kereta. Jarak tidak lah jauh sekitar 1 jam 30 minit sahaja perjalanan, nama tempat tu sungai pondok kenerong, aliran sungai tersebut bermula dari gunung stong, tempoat tersebut sememangnya menarik, air sungai tidak dalam tapi beralun di sebabkan dasar sungai yang berbatuan, air sungai tersebut sememangnya sejuk, pokok pokok yang terdapat disitu, menyebabkan kawasan di gigi sungai redup dan tenang.
Comments
Post a Comment