Gagal Merancang, Merancang Untuk Gagal


 Memang satu kewajipan, apabila jarak menjadi penghalang dalam perhubungan, segalanya perlu dirancang sebaik mungkin, masih segar dalam ingatan, gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Baik sahaja gaji sudah masuk, aku akan bayar segala komitmen dan yang paling penting, beli tiket bas. Di sebabakan isteri aku berada di Gua Musang, dan kedua ibubapa berada di Kota Bharu, Aku sebagai anak dan juga suami cuba sebaik mungkin untuk berlaku adil, dalam sebulan aku akan, divide 2, minggu pertama balik Gua Musang, minggu seterusnya Kota Bharu dan seterusnya begitu la, dalam setiap minggu aku melakukan perjalanan dari Lembah Klang ke Kelantan. kenapa setiap minggu mesti pulang?. Di sebabkan tanggungjawab suami dan ayah, dan keadaan kesihatan ayah aku yang kurang memuaskan. Entah sampai bila keadaan ini akan berterusan.

Sebaik sahaja gaji masuk, aku dah beli tiket bas untuk pulang, dan minggu ini adalah giliran aku untuk pulang ke Kota Bharu. Bermula bulan Julai 2025, kerajaan memperkemaskan sistem cukai negara, dan secara langsung harga tiket bas terdapat kenaikan. Jadi, bulan ini agak terasa bila beli tiket bas, terasa duit kering dengan sangat mendadak.  Pada awalnya tiket bas aku hari jumaat Pukul 8 malam dari Kajang dan tiba di Kota Bharu pukul 6 pagi,  dan aku akan kembali pulang ke bandar pada hari Ahad pukul 1 petang, jumlah tiket bas pergi pulang RM150.

Pada hari isnin, tiba-tiba ayah aku merancang untuk ke Selangor betemu anak saudaranya yang baru lepas melakukan pembedahan tulang belakang. Tiket bas sudah aku beli, kalau aku pulang ke kampung, tiada sesiapa dirumah, seterunya ayah aku mengajak isteri aku sekali ke Selangor, macam biasa la, ayah aku kini tak mampu lagi untuk drive disebabkan kencing manis, menyerang saraf mata, jadi ibu aku yang akan drive, tapi di sebabkan Selangor terlalu jauh, kedua ibubapa aku mengajak isteri aku, ke Selangor dan seterusnya come Pilot.

Kita sebagai manusia yang bekerja cukup faham dengan situasi dan keadaan, mengikut perancangan ibubapa aku akan bertolak dari Gua Musang pada pukul 12 tengah hari, hari khamis dan biasanya akan samapai Gombak pada pukul 6 petang. Aku cuba untuk membayangkan keadaan isteri aku, malam sebelumnya semestinya isteri aku akan tidur sedikit lewat, menyiapkan pakaian dia dan anak untuk ke Selangor, pagi tersebut, dia akan bangun awal pagi, siapkan diri, siapkan anak, masukkan pakaian yang disimpan didalam kereta, seteruskan akan hantar anak aku, terlebih dahulu ke taska, dan barulah bergerak kesekolah. Tepat pukul 11.30 pagi, dia akan ambil anak dari taska, dan seterunya memulakan perjalan yang memakan masa 5 jam lebih. Hari yang panjang dan amat memenatkan sebagai seorang, menantu, ibu dan guru. 

Seteleh memikirkan hal tersebut, aku mengambil keputusan untuk mengambil cuti 2 hari, khamis dan jumaat. Aku akan pulang hari Rabu selepas waktu pejabat ke Gua Musang. Jadi aku dengan waras membeli tiket bas Kajang ke Gua Musang, dan tiket pulang Gua Musang ke kajang buat kali kedua. Yang lebih parah tiket yang aku beli diawal bulan tidak boleh dijual kembali, hanya tiket dari Kota Bharu ke kajang boleh dijual itupun separuh harga. Maka dengan itu RM125 di laburkan untuk tiket bas. Tiket bas yang dapat jual separuh harga, akan di kembali dalam wallet apps dalam masa 10 hari bekerja.

Tiba-tiba, pagi selesa aku dikejutkan dengan panggil talifon ayah aku, mengatakan dia diserang Gout, jadi perancangan untuk ke Selangor dibatalkan. Dalam masa sama, isteri aku cakap memandakan tidak jadi ke Selangor, jadi isteri aku merancang untuk pulang ke Kota Bharu. Makna kata, hari Khamis lepas sekolah dia akan melakukan perjalan ke Kota Bharu, dan sebelum itu, dia akan bemalam di rumah nenek di Rantau Panjang dan baru pulang ke Kota Bharu. Dan pada hari Sabtu dia akan pulang ke Gua Musang kerana hari Ahad, adalah hari pertama bekerja. Sebaliknya aku, akan pulang ke Kota Bharu pada hari Jumaat lepas waktu kerja dalam pukul 8 malam dan tiba di Kota Bharu pukul 6 pagi dan keesokan hari, Ahad pukul 1 petang pulang semula ke Kota.

Kami hanya ada masa beberapa jam sahaja untuk bersembang sebagai suami isteri, dan isteri aku akan drive bersama anak aku yang masih berumur 3 tahun ke Gua Musang. Sebagai manusia, aku memikirkan lebih baik aku mengambil cuti sehari awal pulang ke kampung ia itu hari Jumaat, ingat lagi tak diawal-awal, aku ada bagi tahu, aku apply cuti 2 hari. Makna kata hari selepas waktu kerja hari khamis, aku terus pulang ke Kota Bhatu dan hari Sabtu aku boleh pulang bersama isteri aku ke Gua Musang, dan keesokan hari aku naik bas dari Gua Musang ke kajang. Itu lah sebaiknya. Aku ada masa untuk Ibu dan ayah, dalam sama untuk Isteri dan anak aku. Jadi, maka dengan itu, aku terpaksa membeli tiket bas lagi sekali dari Gua Musang ke Kajang yang berharga RM46.80.

Tiba-tiba, terlintas di fikiran aku, kereta isteri aku dalam kondisi yang kurang memuaskan, tayar hadapan di sebelah kiri botak, seperti bom jangka yang bila-bila masa sahaja akan meletup, boleh mengakibatkan kemalangan. Selain dari itu, baru-baru ni kereta tersebut tidak boleh start, setelah beberapa kali percubaan baru boleh hidup. Isteri aku dicide untuk tidak pulang ke Kota Bharu pada minggu ini, risau akan sesuatu yang tidak diingini berlaku. Pada awal aku telah menjual tiket bas dari Kota Bharu ke Kajang, aku terpaksa membeli sekali lagi yang berharga RM50.

Pada miggu ini sahaja aku membelanjakan hampir RM400 untuk membeli tiket bas. Bila dilihat jumlah baki di dalam bank mampukah untuk bertahan RM30 sehingga 7/8. Sekian


Comments

Popular posts from this blog

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping)(Part 1)

SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang