Nasi Goreng Kicap bersama kerepok
Bulan ini tidak seperti bulan-bulan yang lain sepanjang hidup aku, Bulan lepas baru sahaja kami menyambut Aidilfitri dan semestinya banyak wang di belanjakan. Walaupun pihak syarikat telah memberi sedikit bonus tapi itu sekadar memenuhi keperluan 1 Syawal.
Sebaik sahaja bualan Mei menyapa, aku mula melakukan kira-kira dan perhitungan dengan penuh teliti agar keperluan dan tanggungjawab kepada keluarga kecil di utamakan terlebuh dahulu. Setelah penolakan dilakukan baki yang tinggal hanyalah Rm 700 dan perjalanan bulan ini masih panjang.
Apa yang aku bisa lakukan adalah menukar sedikit cara berjimat cermat, aku akan goreng nasi untuk dibawa bekal di jadikan santapan tengahari. dan ini perkara biasa bagi aku. Aku tiada masalah dengan membawa bekal makan ke pejabat tapi apa yang sangat mengharukan aku pada kali ini nasi goreng yang aku jadikan santapan, aku goreng bersama kerepok losong.
Seingat aku 2 minggu sebelum menyambut kedatangan Ramadhan aku bersama keluarga aku bersiar-siar di Terengganu. Di sana lah aku membeli kerepok tersebut. Dimana pada waktu itu kami semua sedang bergembira berjalan-jalan. Tapi hari ini, di saat aku menikmati kerepok ini, seribu satu perkara bermain di benak fikiran aku, yang pastinya tiada sedikit perasaan gembira sewaktu aku menikmati makanan ini.
Jika kerepok ini berada di kampung halaman, aku pasti nasib kerepok pada waktu ini sudah dibaling atau dibuang di buang didalam tong sampah kerana tempoh kerepok ini sudah lama, rasa dan bau sudah berubah, tapi aku mengambil sisa kerepok, aku basuh, aku potong dan aku jadikan lauk tambahan di dalam masakan aku. Demi kelangsungan hidup aku lakukan semua ini.
Comments
Post a Comment