Tanpa sedar di tegur

 Setiap kaki melangkah meninggalkan jejak-jejak, mengajar kita sesuatu yang berharga dan mendidik  hati supaya bersyukur seterusnya mengenali sang pencipta. Setiap hari kita akan lalui perkara yang sama sepanjang kehidupankan kita, namun begitu tanpa kita sedari di sebalik kebiasaan, terselit pelbagai pengisian, walaupun siang malam bersilih ganti matahari dan bulan, hari – hari tersebut tetap berbeza, tanah yang gersang akhirnya basah dan subur di timpa hujan.

Setiap orang mempunyai kisah dan jalan cerita berbeza-beza, melihat sesuatu perkara menyebabkan kita akan berfikir lebih lebih jauh dan kita akan cuba untuk pencari titik persamaan dalam kehidupan yang kita jalani, memang benar pembelajaran yang di pelajari dari keadaan sekeliling menyedarkan kita dengan pelbagai perkara, terutama dalam menilai dan menghukum akan sesuatu perkara yang berlaku, pada awalnya kita melihat apa yang di lakukan oleh seseorang individu adalah salah kerana perkara tersebut dilakuan diluar norma seharian kita, di sebakan itu kita menganggap tindakan tersebut adalah salah. Semakin banyak yang kita perhatikan kita baru sedar, diri kita terlampau banyak kelompongan, baru kita sedar akan ilmu dan keyakinan yang kita miliki sebelum ini hanyalah ilusi yang menjadikan kita seorang yang sombong dan bongkak dengan sekeliling.

Setelah lama bercuti, pagi ni secara tidak sengaja saya di tegur, teguran tu agak tegas, walaupun tiada siapa pun yang mengherdik atau pun meninggikan suara tetapi teguran tersebut agak mendalam melekat di hati dan akal. Mungkin teguran tersebut memberi makna yg berbeza bergantung pada penerimaan dan pemahaman seseorang. Tapi bagi saya terguran tu, mengetuk hati saya supaya faham dengan keadaan sekeliling dan berpada pada perasaan sendiri. Segala yang berlaku sepanjang cuti amat menyenangkan malah mengubah perjalanan sepanjang hidup ini. Sebaik sahaja sampai di level 2 pejabat, saya terserempak dengan akak cleaner, saya tengok ada perubahan yang berlaku, badan beliau sedikit mengecil. Saya simpan je soalan tu, bila akak turun nant nak  kemas desk news dekat level 1.

Lepas akak bersihkan tandas, saya mula menyapa akak tu, saya cakap la yang agak Nampak kurus sekarang, sempat lagi sy berseloroh cakap akak mesti tengah berdiet. Jawapan yang di berikan oleh akak membuatkan saya terkedu terus diam dan rasa bersalah. Akak cleaner tu bagitahu yang mungkin berat badan dia susut sebab dia banyak fikir, dia banyak masalah, emak dia tak sihat, adik dia bru je lepas kemalangan dan lebih terkesan lagi bila dia bagi tahu adik ipar dia pun tengah sakit jugak, semuanya tinggal dekat rumah dia, tu yang buat dia banyak fikir tu. Kalau saya teruskan lagi perbualan tu, saya rasa memang drama air mata pagi tadi, dia jawapab semua soalan tu pun mata dah merah berkilau air mata bertakung. Saya tinggalkan akak tu dan dia meneruskan kerja dia.

Benda ni nampak simple je, tp entah la, saya rasa ia satu teguran yang agak serius, ibarat perasaan happy yang membuak-buak di tegur, sesungguhnya dalam kegembiraan yang kita raikan sebenarnya pada masa sama ada juga orang yang menanggung beban yang berat hampir tidak terpikul. Saya termenung dan terfikir, Ya Allah , sepanjang 5 hari yang lalu kau berikan aku kegembiraan yang tidak dapat di gambarkan, tetapi pada masa yang sama sepanjang waktu yang sama kau hadiahkan mereka nikmat yang sebaliknya. Ya Allah, kalua la aku di uji dengan sedemikian, kau berikanlah kekuatan supaya aku dapat menempuhi dan melalui nikmat yang kau berikan sebagai mana nikmat kegembiraan yang engkau telah berikan. Baru saya sedar, kegembiran yang membuak-buak dalam diri saya sebenarnya tidak perlu terlampau menonjol, sepatutnya apa yang saya faham, saya perlu lebih bersederhana dan tenang walaupun perkara tersebut betul-betul membahagiakan. Betul la, bila sahabat bertanya, perang apa yang paling sukar, maka jawabNya berperang dengan hawa nafsu sendiri. Mungkin ini lah salah satu maksud yang cuba di sampaikan.

 Tak lama lepas tu boss saya panggil ajak masuk bilik, dia bagi tahu dia pening la dengan job baru masuk apa semua, dengan staff x cukup,equipment lagi, lepas tu dia risaukan akak tengah bertarung nyawa dekat bilik bedah buat pembedahan jantung, dia risau kalua usia kak dia tak panjang, siapa yang akan mengambil alih tanggungjawab penjagaab keatas anak-anak kak dia. Dia kalua boleh nak balik jumpa kak dia, tapi esok ada meeting pasal job baru tu. I hari ni macam, entah laa .

Saya hanya mampu kirimkan doa smoga apa yang mereka lalui pada hari ini penuh dengan ketenangan, smoga setiap simpulan dapat di huraikan dengan penuh kelembutan. Dan akhir sekali semoga setiap apa ujian yang di berikan dapat kita tempuhi dalam keadaan yang sabar dan tenang. Sesungguhnya setiap kali ujian yang mendatang menandakan Allah masih sayang pada kita.

 

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping)(Part 1)

SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang