1/1 dua tahun yang lalu
Welcome 2021, hakikatnya esok adalah hari jumaat
seperti mana minggu-mingu sebelum ni, lain la kalau esok adalah hari baru yang
tidak pernah wujud dalam dunia, maksud saya hari lain selain hari ahad, isnin,
selasa dan sama waktu denganya. Sebelum apa-apa, penulisan ni hanya pengalaman
dan pandangan penulis yang berlatar belakangkan kehidupan penulis sepanjang
2020. Sekadar simpanan dan perkongsian saja, ibarat diari la kot.
Bila di ingatkan Kembali,
keghairahan untuk menyambut 2020 agak berbeza dengan tahun-tahun sebelum ni, 2018
kami hanya menyambut tahun baru di dalam bilik study dengan bersusah payah-payah,
bersengkang mata menyiapkan thesis sebagai pengakhiran sebelum bergelar
pemegang ijazah sarjana muda. Tahun 2019, time tu masih lagi bekerja dekat di Menara
Summit USJ, balik dari kerja terus lepak dengan usahawan muda yang berjaya dekat
tapak food truck Stadium Shah Alam, dulu kerja ikut waktu oversea masuk kerja
pukul 2 petang balik pkl 11 malam, sambil sembang-sembang pasal hala tuju hidup
masing, dia dok cerita pasal butik pakaian yang dia kerja sekarang, saya pula cerita
pasal company kapal yang jauh berbeza apa yang pernah saya bekerja sebelum ni, macam
mana kami boleh lepak sekali hujung tahun tu, mungkin kami tinggal di Kawasan yang
sama kot, time tu saya menetap dekat shah alam, betul-betul depan kilang gula
CSR, manakala kawan saya memang dibesarkan dan menetap di bandar Shah Alam, di
sebabkan time tu kami baru-baru habis belajar, dan dia pun baru tahu yang saya
memang stay dekat Shah Alam, plan2 punya akhirnya ngam2 malam new year baru
dapat jumpa. Walaupun takde la havoc mana pun sambutan malam new year tu, tapi
ada la pengisian untuk malam tahun baru. Kira lepas je tedik 12 malam, masing
dok cerita matlamat, impian dan harapan masing untuk tahun 2019. Alhamdulillah
secara keseluruhan Tahun 2019 agak menggembirakan bagi kami dan banyak la cita2
yg tercapai. Macam, butik pakaian kawan saya semakin berkembang, dia pun selalu
fly ulang alik indonesia Malaysia untuk mendapatkan stok kain dan design-design
baru. Alhamdulillah, 2/1/2019 saya sdah mula bekerja di company baru dalam
bidang yang di pelajari selama ni. Semuanya adalah rezeki dari yang Maha Pemberi.
2020, tahun yang di nanti2
kan, pelbagai inovasi, kecanggihan teknologi yang di telah pun momokan sebelum
ini, akhirnya dengan perasaan berkobar-kobar, Selamat dating 2020. Tapi
hakikatnya sebaliknya yang berlaku, tahun 2020 adalah tahun yang lebih mundur
dari tahun-tahun sebelum ini, lebih mundur dari tahun 2010 sebenarnya,
pengangguran meningkat secara mendadak, ekonomi negara merundum, banyak
hotel-hotel dan syarikat penerbangan hampir gulung tikar malah ada yang gulung
tikar pun, relax dulu, x perlu kot nak cerita semua pasal 2020. Berbalik kepada
cerita sal, nak sambut malam new year tahun 2020 agak mencabar juga sebenarnya,
saja cari penyakit orang cakap. Klau tak silap 31/12/2019 pkl 6 ptg gerak dari
bangi terus ke Shah Alam, Shah Alam lagi.
Lepak dengan orang yang sama jugak tapi ada penambahan sorang lagi kawan dan
kali terpaksa cari hotel nak bermalam sebab , kali ni saya tidak lagi menetap
di Shah Alam dan lagi satu ye la, klau dah pergi sambut new year sah2 la balik
lewat, nak ride balik bangi memang barai teruk la. Yang bestnya keesokan
harinya ada assignment nak kena cover dekat depan Sogo. Nak jumpa kawan punya
pasal gagahkan juga la.
Sampai je Shah Alam, terus
check in hotel, lps solat maghib pergi la jumpa kawan dekat mana entah laa, tapi
kawasan tu memang area student uitm tinggal kat situ, bila dah jumpa biasa la
lepak2 makan2 dulu, sebelum jumpa kawan saya yang jumpa awal tahun lepas, yang
sambut new year sekali tu.. Dah kenyang perut apa semua, kami set location
seterusnya nak perjumpa kawan saya. Bila dah jumpa makan lagi sekali, tp
ringan2 je laa, ingatkan nak smbut new year bertiga tapi salah sorang dari kami
kena balik awal dah janji dengan mak dia, kawan saya yang tahun lepas tu. Kesudahan
hanya kami berdua sahaja nak pergi sambut new year. Kami brdua sambut new year
dekat ICT shah alam. Kali ni lain sikit, habis je dok layan bunga api, kami, masing
sembang yang tahun 2020 ni agak menakutkan dan penuh cabaran. Malam 1/1/2020
kami memang dah dapat rasa sesuatu yang tidak menggembirakan yang akan berlaku.
Rupa-rupanya betul la…
Setahun sudah belalu,
esok dah masuk tahun baru, 2021. Tahun ni smbutan tahun baru mungkin di rumah
sahaja dan tidak kemana-mana.
Comments
Post a Comment