Membuka lembaran perjalanan baru
by : Ahmad Firdaus Ahmad Nasir
Tamat sahaja bergelar pelajar,
manusia akan mencari jalan yang baru, manusia wajib bekerja untuk menyara
kehidupan dan seterusnya meneruskan kehidupan sebagai manusia normal di mana, memiliki
kenderaan, berkeluarga, menikmati kebahagian memiliki wang dan hidup setaraf
dengan masyarakat sekeliling, kehidupan sebegini telah di mind set kan sewaktu
kecil lagi, masa tika detik itu kita masih belum mengenali baik atau buruk
mahupun malam dan siang.
Sebulan, 30 hari, ada yang
beranggapan tempoh tersebut terlalu singkat untuk menikmati waktu rehat. Selama
3 tahun di mana setiap tahun memiliki 365 hari diri ini telah menjadi hamba kepada ilmu,
memerah otak, membaca dan menghadam segala yang di lembarkan di dalam dewan
kuliah. Masa tidak pernah munggu kita, tapi kita sering menunggu masa, masa
yang belalu adalah kenangan untuk di simpan di jadikan sejarah dalam kehidupan.
Semakin lama, manusia dalam keadaan membazir.
Aku bertuah, belum sempat
mengetahui keputusan akhir. Aku telah mengenali dunia perkerjaan. Di alam
pelajaran, segalanya Nampak mudah, celah gigi. Namun hakikat sebenar dunia
pekerjaan adalah dunia yang mencabar. Dunia ini bukan di ciptakan untuk kita
seorang sahaja, jadi kita terpaksa mencari dan merebut peluang yang di hidangkan.
Beratus universiti dan kolej yang terdapat di negara ini, dan mereka semua
ibarat ikan yang lapar mencari makanan.
Seramai 12 orang telah layak dan
terpilih untuk mengikuti temuduga, hanya empat dari dua belas orang adalah
berbangsa melayu. Syaraikat tersebut menyediakan 4 jenis test, yang pertama
adalah warna, kedua, ingatan , ketiga bertulis dan yang terakhir sekali mata ke
mata. Hanya satu sahaja yang di ajar di dalam dewan kuliah, itulah hakikatnya. Lelaki, wanita, muda, tua, berkeluarga, duda,
mahupun janda semuanya mengejar matlamat dan impian yang sama, untuk
mendapatkan perkerjaan, ada yang sanggup berhijrah, tinggalkan anak yang masih
kecil untuk berkerja.
Hanya 6 orang yang terpilih untuk
menjadi sebahagian daripada syarikat ini, kami di beri kontrak selama 6 bulan,
jika memenuhi KPI syarikat nasib kami masih panjang dan jika bertuah kami di
serap menjadi kakitangan tetap syarikat. Minggu pertama kami di dedahkan dengan
latar belakang syarikat, proses ini perlu di jalan supaya otak yang selama ini
berfikir untuk mengajar cita-cita yang berbeza-beza di setkan kembali untuk
berjuang demi syarikat.
Dalam gembira mesti hadirnya
duka. Salah seorang dari kami mendapat berita yang amat menyeram. Tempoh masa
hanya di berikan selama dua hari selepas seminggu mengenali syarikat baru. Pihak
pengurusan terpaksa menamatkan kotrak serta merta kerana dokumen akedemik tidak
lengkap. Kita berkongsi matahari dan bulan yang sama, tapi jalan hidup kita
berbeza. Setiap hari seawal pukul 5.30 pagi, beliau terpaksa meninggalkan rumah
dan tepat jam 9 pagi beliau akan tiba di pejabat. Waktu pulang kami pukul 6.30
petang, dan dia akan tiba di rumah paling awal pukul 10.30 malam dan pernah
pukul lewat tengah malam baru sampai di rumah. Kos pengangkutan dan makan minum
mencecah Rm8-9 sehari. Itu lah yang terpaksa di laburkan sebelum semuanya
menjadi pasti dimana habuan akan di nikmati pada hujung minggu nanti.
Sepanjang aku berjalanan
meneruskan kehidupan ini, aku semakin takut dan risau, apa yang di hadapan
waktu nanti, adakah jalan tersebut cerah bercahaya atau pun gelap dan suram.
Adakah selepas gagal aku masih mampu untuk berdiri dan berlari untuk meneruskan
kehidupan seperti manusia-manusia normal.
Comments
Post a Comment