Menyingkap Misteri Broga
Oleh : Firdaus Nasir
Misteri kehilangan yang menimpa Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20 selama seminggu di Bukit Broga menjadi sesuatu yang tular di ruang-ruang media di negara ini. Walaupun beliau telah di jumpai, namun cerita di sebalik kehilangannya lebih menarik perhatian masyarakat .Pemuda tersebut telah dijumpai dalam keadaan lemah di puncak Bukit Broga oleh pasukan mencari dan penyelamat.
Menerusi temubual didalam rancangan Viral terbitan Astro Ria , Azarul menceritakan pengalaman beliau sewaktu hilang selama 8 hari tanpa kesan. Beliau mengatakan telah mengikuti jejak seorang wanita yang berpakaian sempurna seperti seorang muslimah. Lalu di bawa ke kawasan perkampungan dan di perkenalkan kepada ahli keluarga wanita tersebut. Azarul juga turut menyatakan bahawa beliau telah di lamar untuk berkahwin dengan wanita tersebut, tetapi beliau menolak kerana pada waktu itu Azarul terfikir ibu dan keluarga yang berada di kampung.
Mengikut Azarul lagi, dia tinggal di kampung tersebut hanya tiga hari sahaja walaupun beliau dikatakan telah hilang selama seminggu secara realitinya. Dalam waktu tersebut, beliau hanya diberikan air minuman sahaja tanpa makanan dan boleh bersolat seperti biasa. Pada hari terakhir Azarul di kampung tersebut, beliau terkejut apabila mendapati seekor ular jatuh diatas badan beliau lalu ular tersebut memberi tahu, beliau supaya mengikuti cahaya matahari untuk keluar dari kampung tersebut. Di saat beliau mengikut arahan ular itu, secara tidak langsung telah di jumpai oleh pasukan penyelamat di atas puncak Bukit Broga.
Pengunjung Berkurangan
Pada hujung minggu yang lepas, penulis berkesempatan untuk mengunjungi dan mendaki Bukit Broga untuk melihat sendiri suasana disana selepas seminggu misteri yang menimpa Azarul. Penulis tiba kira-kira jam 10 pagi dan kelihatan sudah ramai pendaki yang turun dari puncak bukit dek kerana matahari yang semakin meninggi diatas kepala. Sebelum memulakan pendakian , penulis berkesempatan untuk berbual dengan pengurus tempat parkir di kawasan tersebut. Menurut wanita yang berbangsa cina itu, beliau menceritakan bahawa sejak dari kejadian itu, jumlah bilangan pengunjung berkurangan jika di bandingkan dengan sebelum ini. Ini mungkin adalah kerana sudah tidak ramai ibubapa yang membawa anak-anak melakukan aktiviti riadah hujung minggu disini kerana risau akan keselamatan anak-anak mereka. Tetapi apa yang menarik perhatian adalah penulis mendapati kawasan parking sudah bersih berbanding sebelum ini yang agak tidak terurus.
Pembinaan Pintu Gerbang
Pada awalan pendakian, penulis di sambut dengan pintu gerbang yang baru siap di bina selepas kejadian kehilangan Azarul. Mengikut pendaki yang pernah mendaki Bukit Broga sebelum ini, mereka mengatakan bahawa pintu gerbang yang baru dibina ini bertujuan untuk menarik semula minat pendaki, untuk datang ke Bukit Broga. Kini, pendaki boleh memilih dua trek , sama ada mengikuti jalan berbayar dan jalan yang tidak berbayar untuk sampai ke puncak. Penulis memilih untuk mengikuti jalan yang tidak berbayar kerana rata-rata pendaki mengatakan jalan tidak berbayar agak mencabar dan curam. Sebagai pendaki sejati, maka penulis memilih jalan tidak berbayar untuk menguji ketahanan mental. Tinggi Bukit Broga adalah 400meter dari aras laut dan jarak dari kaki bukit sehingga puncak sejauh 1.5 kilometer. Diatas Bukit Broga pula, terdapat dua puncak iaitu puncak Bukit Broga dan puncak Bukit Tok Wan.
Sepanjang pengalaman penulis mendaki beberapa buah bukit sebelum ini, Bukit Broga sebenarnya, tidak lah terlampau mencabar. Untuk pengetahuan pembaca, laluan ke puncak tidak lah mencanak dan mencabar, laluan bukit yang curam telah dijadikan bentuk tangga supaya memudahkan pendaki untuk mendaki, sebelum dari kejadian kehilangan Azarul, lereng-lereng bukit yang curam di biarkan sahaja supaya nikmat mendaki lebih di rasai.
Mantera Di Puncak Bukit
Setelah mendaki selama 1jam 15 minit penulis sampai di puncak Bukit Broga, sebenarnya apabila berada di puncak Bukit Broga, penulis rasa agak terkilan apa bila melihat puncak Bukit Broga di penuhi sisa makanan, puntung rokok, dan sampah sarap. Selain itu, penulis melihat cebisan kain yang tertulis mantera-mantera yang di gantung pada dahan-dahan pokok , dikatakan mantera-mantera tersebut di gunakan sewaktu proses mencari azarul oleh segelintir individu yang mempercayai kepercayaan terhadap perkara ghaib. Perkara merosakkan pemadangan dan suasana sewaktu berada di puncak bukit.
Pada keseluruhan pendakian penulis ke puncak broga pada kali ini dapat disimpulkan, selepas kejadian kehilangan pemuda Mohd Azarul Mukhriz, banyak penambah baikkan yang berlaku di Bukit Broga, terutamanya dari sudut keselamatan pendaki-pendaki yang menguji bukit ini. Dari sudut kecil hati penulis, penulis berharap pendaki dapat menjaga kebersihan bukit broga untuk generasi akan datang.
Comments
Post a Comment