Meneroka Keindahan Gunung Stong
Oleh : Firdaus Ahmad Nasir
Separuh perjalanan telah pun selesai diselusuri, pelbagai rintangan, halangan dan dugaan telah pun di tempuhi. Kini cuti pertengahan semester hampir tamat. Penulis telah berkesempatan menawan puncak Gunung Stong buat kali pertama. Ekspedesi kali ini penulis memilih untuk menaiki kereta api dari Gua Musang menuju ke Dabong kerana Gunung Stong terletak di Dabong iaitu sebuah daerah kawasan di Jajahan Kuala Krai Selatan.Gunung yang berketinggian 4664 meter dari paras laut ini bukan hanya mempunyai lanskap yang menarik, namun ia juga memiliki salah satu tarikan utamanya adalah Air Terjun Jelawang, sebuah air terjun yang setinggi 303 meter dari paras laut, yang juga air terjun tertinggi di Asia Tenggara.
Pendakian kali ini mengambil masa selama 3 hari 2 malam untuk sampai ke puncak Gunung Stong. Ini bermakna penulis akan mendirikan khemah dan bermalam ini Kem Baha yang terletak di puncak Air Terjun Jelawang terlebih dahulu sebelum meneruskan pejalanan sehingga ke puncak Stong. Jadi pelbagai peralatan perlu di sediakan sebelum memulakan pendakian antaranya khemah, peralatan memasak, lampu suluh dan sebagainya. Sebelum pendakian bermula, penulis sudah mula merasakan debaran cabaran yang bakal di tempuhi.
Pada pukul 3 petang, penulis bersama beberapa orang pendaki memulakan langkah pendakian dengan misi menawan puncak gunung. Di peringkat awal pendakian, penulis disapa dengan pemandangan dan bunyi yang sungguh indah di kaki air terjun , ini membuatkan semangat kami semakin membara untuk sampai di checkpoint yang pertama sebelum meneruskan pendakian pada hari yang seterusnya. Pendakian ini amat mencabar metal dan juga fizikal penulis, belum sampai separuh perjalanan , penulis terpaksa berhenti seketika untuk mengumpul tenaga, akibat mengambil makanan yag pedas sebelum memulakan pendakian , penulis terpaksa memuntahkan makanan yang ditelan sebelum ini. Semakin tinggi pendakaian penulis merasakan kesukaran untuk bernafas dan rasa seperti mengantuk, ini sebenarnya tanda-tanda, badan telah kekurangan oksigen. Penulis terpaksa mengecilkan langkah pendakian supaya badan mampu menahan kepenatan.
Dengan izin ilahi, perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam akhirnya berjaya di tempuhi. Kini penulis sampai di checpoint pertama iaitu Kem Baha, walaupun penulis sampai agak kelewatan penulis bersyukur kerana sempat sampai sebelum matahari terbenam kerana berjalan pada waktu malam di dalam hutan agak berisiko. Sesampai sahaja di kem baha, penulis terus mendirikan khemah dan menyiapkan makan malam. Selesai sahaja solat berjemaah penulis terus melelapkan mata akibat terlalu penat .Pagi tersebut , selepas subuh kami tidak melepaskan peluang untuk melihat matahari terbit dari puncak air terjun Jelawang, pemandanganya sungguh indah tidak mampu digambarkan oleh kata-kata. Penulis dapat menyaksikan sendiri awan putih berada di bawah puncak air terjun dan matahari terbit di sebalik awan putih.
Sebelum memulakan pendakian kami melakukan sedikit regangan supaya tidak berlaku kecederaan dalaman seperti kekejangan otot dan sebagainya kerana jarak perjalanan pada hari kedua lebih jauh dan lebih mencabar dari hari sebelumnya selain itu trek untuk ke puncak pada hari ini lecak dan licin akibat hujan pada malam tadi, akibat tidur dalam kesejukkan terdapat beberapa orang pendaki yang tidak dapat meneruskan pendakian, ada yang demam, ada yang muntah-muntah dan sebagainya. Walaupun badan penulis berasa sakit-sakit, penulis tetap menguatkan semangat untuk menawan puncak Gunung Stong , alang-alang menyelup pekasam biar sampai ke pangkal lengan.
Sepanjang pendakian , terdapat beberapa checkpoint antaranya check point Sungai Rantai, Gua Bongor, Sang Kelembai dan Permatang. Sewaktu tiba di Sungai Rantai , kami terpaksa mengharungi sungai untuk meneruskan pendakian, walaupun malam sebelumnya hujan lebat, air Sungai Rantai sungguh jernih. Kami tidak menghabiskan banyak masa di sungai Rantai kerana risau kepala air yang boleh datang bila-bila masa sahaja kerana cuaca di kawasan bukit tidak menentu,penunjuk arah kami menceritakan, banyak nyawa yang terkorban akibat terleka dengan keindahan alam, ada juga yang terpaksa menunggu sehingga ke waktu malam untuk menunggu kepala air reda sebelum dapat melintasi sungai rantai.
Sebelum sampai di checkpoint Sang Kelembai, kami dikejutkan dengan tapak kaki gajah yang masih baru, hanya beberapa langkah , kami ternampak sekawan gajah sedang mencari makan. Perasaan penulis pada ketika itu bercampur baur, kerana pertama kali penulis dapat melihat sekawan gajah liar secara dekat dan pada masa yang sama kami terpaksa bersembunyi di sebalik pokok risau di kejar oleh gajah liar. Selepas kawanan gajah beredar, baru kami meneruskan perjalanan. Penulis bersyukur kerana tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku. Menurut penunjuk arah, laluan ini adalah laluan gajah liar. Gunung Stong terletak di dalam kawasan Hutan Simpan Dabong, jadi tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis flora dan fauna terdapat disini. Pelbagai jenis bentuk muka bumi yang perlu kami redahi, menyeberangi sungai, memanjat batu yang berlumut, meniti di atas kayu balak yang tumbang, merangkak di bawah akar pokok dan sebagainya.
Semakin tinggi kami mendaki, hawa sejuk mula dirasai, pokok-pokok besar semakin sukar untuk dilihat. Yang hanya kelihatan adalah tumbuhan-tumbahan yang kecil apa bila semakin dekat dengan puncak, lanskap hutan yang sebelum ini di penuhi dengan pokok-pokok besar kini semakin berubah, kami menyaksikan pelbagai jenis tumbuhan kecil dan menarik dan selain laluan yang semakin mencabar, ada di antara pendaki yang tidak mampu menghabiskan pendakian kerana kepenatan. Untuk mengelakkan hal tersebut berlaku pendaki perlu membawa bekalan air yang mencukupi. Selain itu bekalan coklat bar dan buah kurma juga perlu dibawa sewaktu pendakian kerana makanan ini mampu memberikan tenaga segera sewaktu mendaki.
Selama 4 jam kami mengharungi hutan belantara, akhirnya kami sampai di puncak Gunung Stong pada pukul 12 tengah hari. Walaupun cahaya mentari terik diatas kepala tetapi suasana di atas puncak sungguh nyaman dan dingin. Lebih menggembirakan lagi apabila kami dapat melihat pemandangan 360 darjah di atas puncak gunung stong. Tiada apa yang lagi puas , apabila kita mampu mencabar diri kita keluar dari zon selesa, dan perjuangan itu di balas dengan kejayaan. Berada di puncak membuatkan penulis berasa bersyukur kerana masih ada lagi dataran hijau yang belum di terokai dimuka bumi ini.
Selama 4 jam kami mengharungi hutan belantara, akhirnya kami sampai di puncak Gunung Stong pada pukul 12 tengah hari. Walaupun cahaya mentari terik diatas kepala tetapi suasana di atas puncak sungguh nyaman dan dingin. Lebih menggembirakan lagi apabila kami dapat melihat pemandangan 360 darjah di atas puncak gunung stong. Tiada apa yang lagi puas , apabila kita mampu mencabar diri kita keluar dari zon selesa, dan perjuangan itu di balas dengan kejayaan. Berada di puncak membuatkan penulis berasa bersyukur kerana masih ada lagi dataran hijau yang belum di terokai dimuka bumi ini.
Comments
Post a Comment