silap jika rasa diri cemerlang

Aku bukanlah seorang yang berdarah seni,  aku hanyalah seorang budak kampung yang masih belum menjumpai nilai kepuasan dalam diri dan aku hanyalah budak kampung yang berhijrah ke tanah dagang untuk menuntut ilmu, smoga ilmu terserbut dapat di tumpahkan ketanah tumpah kelahiran ku kelantan. Semakain aku berjauhan dengan tanah kelahiran ku, semakin tinggi rasa hormat, sayang, rindu , bangga dengan tanah che siti wan kembang.

sewaktu aku sedang menduduki tingkatan 6 dikampung halaman, aku mendapati aku diterima tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik perlis. setelah diketahu oleh keluarga, aku terpaksa melangkah untuk meninggalkan pelajaran di tinggkatan enam , sebenarnya langkah ini sungguh berat kerana aku amat senang belajar di tinggkatan enam dan sewaktu itu aku telah nampak perjalanan hidup aku untuk menjadi seorang peguam. apakan daya takdir dan rezeki di tangan tuhan dan kita hanya merancang. bersyukur apa yang ada.

sekarang ini aku adalah seorang pelajar semester akhir diploma pengajian video dan filem, walaupun sepanjang pembelajaran aku di sana adalah paksa rela tetapi aku tetap berjaya menduduki semester akhir, ini pon dah kira bersyukurlah nak di bandingkan dengan rakan2 seperjuangan di dalam kelas aku, semenjak dari semester pertama sehingga sekarang aku dapat menyaksikan kehilangan kawan sekelas. sebenarnya perkara sedemikianlah yang menjadi penguat semangat untuk aku terus berlayar. sepanjang aku belajar pointer aku semakin jatuh, mungkin tiada rezeki atau sebagainya. aku tahu walaupon pointer aku rendah tapi aku telah melakukan yang terbaik, amat baik. mungkin sebab aku budak pendalaman kot?? yang terpaksa belajar mengenai camera dan peralatan yang canggih serta mahal. cuba anda bayangkan. dahulu aku budak kampung yang tidak gemar menonton tv  dan lebih gemar melakukan aktivitiluar seperti mandi sungai, lastik burung, main guli, buat wau, main bendang, tangkap ikan dalan parit dan banyak lagi lah, tiba2 sambung pelajaran mengenai filem, dengn sepanjang hidup tidak pernah kenal apa itu kemera, tidak termasuk benda lian lagi.

sebenarnya bagi aku pointer tidak penting yang penting hanyalah kecemerlangan kita, klu pointer 4.,00 sekali pon jika kita hanya mampu memahami asas dan hanya menghafal ilmu melalui buku atau sebagainya tanpa melakukan praktikal tidak ada guna.sebenarnya pointer bukanlah satu tidak tolak kjayaan tetapi kemahiran kamu sebenarnya titik tolah kecemerlangaan setiap individu. stakat pointer, apala sangat, bodek atau kipas pensyarah anda akan dapat markah tinggi, berbuat baik dengan pensyarah anda dapat markah tinggi, tetapi jika anda diminta melakukan sesuatu adakah anda dapat melakukaanya, jika tidak daapat mana kecemerlangan kamu??? jangan di banggakan dengan pointer yang hebat2 jika kemahiran kamu zero, tidak perlu mendabik dada. mungkin, masing2 ada matlamat bila memasuki ipta tetapi tidak cukup jika sekadar kecemerlangan diatas sekeping kertas A4.  

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping)(Part 1)

SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang