sesuatu yang baru untuk di terokai

hari ini merupakann hari selasa, setelah berkali-kali diajak, aku kuat kan semangat dan aku pergi ke suatu tempat yang tidak pernah aku kunjungi walaupon di tanah kelahiran aku sendiri. ini bukan kali  pertama aku menaiki kereta api untuk ketempat yang dituju. sifat ingin tahu sebenanrnya membawa aku melancong di bumi sendiri. jam menunjukkan pukul 1 petang sayup-sayup kedengaran bunyi hon dan enjin kereta api jauh nun di sana. tidak lama kemudian ia berlabuh di hadapan aku. tanpa menunggu lama, aku mengatur langkah dan menaiki kereta api.

sepanjang perjalanan yang kulihat hanyalah lautan hijau dan beberapa tompok perumahan kampung. dan itu dinamkan perjalanan yang jauh dan membosankan, pada detik itu aku mememikirkan bagai manalah keadaan tempat yg dituju, aku lebih suka memikirkan sesuatu yang susah, maksud akuu, aku tidak akan memikirkan kesenagan semata-mata. dengan mengimaginasikan sedemikian kita akan lebih cepat sesuai dengan keadaan setempat.

bunyi hon yang kuat menyebabkan aku trsedar dr lamunan, aku sedar perhentian kali ini adalah tempat yang dituju-tuju, KEMUBU sebuah kampung yang tidak pernah aku dengar, jauh d pendalaman, jalan utama untuk sampai disini dengan menaiki kereta api , selain itu dengan menggunakan kenderaan lain seperti kereta dan sebagainya. sebaik sahaja aku trun dr kereta api sebuah pemandangan yang agak klasik seperti berada pada tahun 70an, terasa aku kembali ke zaman sejarah dulu-dulu. huhh terbaik, ini bru dinamakan pengembaraan. sabaik saja aku sampai disini, aku tercari-cari siapa yang akan menjemput aku. akhirnya aku ketemu sama ibu angkat aku, aku panggil dia "mok", pada waktu itu aku tidak menyangka kerana pada waktu itu dia turut turun dari kereta api. tapi apa pon alhamdulillah aku teh pon sampai di sebuah daerah yang belum pernah aku sampai.

aku dibawa pulang kerumah nya, aku sangkakan jauh, rupa-rupanya rumah mok , berhadapan dengan stesen kereta api, lagi sekali aku terkejut, tekaan aku assyik meleset. aku di bawa masuk kesatu tempat di satu sudut di kawasan rumah itu,aku terpikir, takkan laa mereka tinggal disini, dengan sempitnya, dengan kucing yang ramai, rupa2 nya tempat itu sebenarnya dapur tempat memasak,herm.nasib baik aku tak tanya, mok tidor dalam ni ko?? sungguh memalukan kalau tanya.aku berborak-borak dengan keluarga mok, walau pon aku rasa masih jangggal tapi kena belakon seperti dah biasa kata buat diploma video dan filem. tuhan jela tau tahap malu aku time tu, walau pon aku seorang yang mudah mesra taku juga seorang pemalu.entahla dah macam perempuan rasanya.

bersambung.................

Comments

Popular posts from this blog

Mencipta sebuah kenangan (Ahmad Family Camping)(Part 1)

SEBUAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK TERMAKTUP DI DALAM SISTEM PELAJARAN

Tan Sri Johan Jaafar di Medan Perang